Social Icons

Pages

Selasa, 31 Disember 2013

Nota Am Konkrit

Selain daripada Spesifikasi Am yang terdapat dalam kontrak, ada lagi syarat-syarat tambahan yang diberikan melalui catatan dalam lukisan pembinaan (construction drawing). Catatan ini perlu diberikan perhatian kerana ianya lebih diutamakan berbanding Spesifikasi Am. Di bawah ini dipetik sebahagian sahaja daripada catatan yang panjang lebar dalam lukisan pembinaan struktur. 

SPESIFIKASI KONTRAK

  • Nota ini hendaklah dibaca bersama Spesifikasi Am.
  • Kontraktor mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pegawai Penguasa untuk melaksanakan kerja yang tidak diliputi oleh Spesifikasi.
  • Spesifikasi teknikal seperti yang dicatat dalam lukisan (drawings) hendaklah diutamakan daripada Spesifikasi Am.

 MEMANCANG TANDA DAN ARAS 

  • Kontraktor hendaklah melantik jurukur berlesen untuk memancang tanda (setting out), menetapkan profil bangunan dan semua kerja-kerja yang berkaitan mengikut lukisan ‘setting out’.
  • Empat (4) salinan lukisan (drawings) ‘setting out’ tersebut yang telah disahkan oleh jurukur berlesen hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa untuk rekod dalam masa dua minggu selepas kerja ukur siap.
  • Dimensi yang ditunjukkan dalam lukisan (drawings) hendaklah digunakan. Jangan gunakan skel untuk mendapatkan dimensi.
  • Semua lukisan (drawings) struktur hendaklah dibaca bersama lukisan senibina, mekanikal dan elektrikal.
  • Kontraktor hendaklah mengesahkan semua dimensi dan aras yang terdapat di tapak bina. Sekiranya terdapat percanggahan ianya hendaklah diselesaikannya terlebih dahulu bersama Arkitek dan Jurutera sebelum memulakan kerja-kerja di tapak bina.

BAHAN

Kecuali dinyatakan sebaliknya
Semua konkrit yang digunakan dalam elemen-elemen struktur hendaklah menepati syarat-syarat dan ciri-ciri Kekuatan Mampatan seperti di bawah :
  • Tiang / Kotak Lif : 3o N / mm
  • Rasuk : 30 N / mm
  • Papak : 30 N / mm
  • Asas : 35 N / mm
  • Tiang Prekas : 40 N / mm
  • Rasuk Prekas : 40 N / mm
  • Papak Berongga Prekas : 50 N / mm
  • Topping’: 30 N / mm
  • Konkrit ‘infill’ : 40 N / mm
  • Gunakan agregat kasar maksimum 20 mm.
  • Mempunyai nisbah air / simen maksimum 0.50.
  • Semua  ‘lean concrete’ yang digunakan hendaklah daripada konkrit Gred 10
Semua bar keluli tetulang yang digunakan hendaklah :
  • Keluli lembut mempunyai kekuatan alah 250 N/mm2 (R)
  • Keluli ‘high yield’ mempunyai kekuatan alah 460 N/mm2 (Y)
BACAAN TAMBAHAN:
 

Buku : Kontrak Perancangan & Prosedur Berkontrak

Judul Buku : Kontrak Perancangan & Prosedur Berkontrak - edisi ke2
Penulis : B. Cooke
Penterjemah : Zakaraia Mohd. Yusof, Norizan Mansor & Wan Yusof Wan Mahmood
Judul Asal : Contract Planning and Contractual Procedure (2nd. Edition)
Penerbit : Universiti Teknologi Malaysia
Cetakan : 1996

Catatan Penulis Buku :


Tujuan buku ini ditulis ialah untuk memberi satu penilaian yang bersistem terhadap perancangan kontrak dan prosedur berkontrak yang dilaksanakan di peringkat pratawaran, prakontrak dan perancangan kontrak. Ini meliputi pertimbangan mengenai keputusan untuk menyertai tawaran dan mempertimbangkan tawaran. Tatacara yang diberikan adalah seperti yang disyorkan di dalam Kod Amalan Peranggaran yang dikeluarkan oleh Chartered Institute of Building. ...


Catatan topikuning


Buku ini boleh digunakan sebagai rujukan sepanjang masa

Buku : Office Project 2007 - Langkah Demi Langkah

Judul Buku : Office Project 2007 - Langkah Demi Langkah
Penulis : Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Cetakan : Pertama Ogos 2007

Catatan Penulis Buku :

Setelah sekian lama menunggu kini Microsoft Office 2007, yang serasi dengan Windows Vista telah diedarkan secara meluas. Banyak pembaharuan telah diperkenalkan dalam sistem kendalian baru Vista dimanfaatkan dalam perisian Microsoft Office 2007. Buku ini ditulis khas untuk pengguna Microsoft Office 2007 dalam persekitaran Windows Vista. Ia memperkenalkan ciri-ciri yang ada dalam perisian tersebut.

Buku Office Project 2007 adalah sebuah buku dari siri Microsoft Office 2007 Langkah-Demi-Langkah.


Ulasan topikuning

Perisian Microsoft Project 2007 masih lagi digunakan dengan meluas berbanding edisi terbaru.


Isnin, 30 Disember 2013

Mesyuarat-mesyuarat Projek Pembinaan

Dalam melaksanakan dan menyiapkan sesuatu projek terdapat berbagai pihak yang terlibat. Pihak-pihak ini pula mempunyai tugas dan tanggung-jawab masing-masing mengikut kepakaran. Kesemua tugas-tugas, tanggung-jawab dan kepakaran tersebut perlu diselaraskan bagi mencapai matlamat menyiapkan projek mengikut masa yang ditetapkan, dengan kewangan yang efektif serta kualiti yang baik. Diantara kaedah yang digunakan untuk menyelaras perkara tersebut ialah dengan mengadakan mesyuarat. Mesyuarat yang biasa diadakan adalah seperti berikut :

Mesyuarat Pra-Pembinaan / Project Kickoff Meeting
  • Diadakan selepas diterima Surat Setujuterima Tender (SST)
  • Diselaras oleh pihak yang mengeluarkan Surat Setujuterima Tender
  • Untuk memperkenalkan ahli pasukan projek
  • Untuk memperjelaskan mengenai kehendak kontrak yang perlu dipatuhi
  • Untuk memperjelaskan kehendak kerja permulaan - seperti insurans, bon dan lain-lain
  • Dihadiri oleh ahli pasukan projek termasuk kontraktor utama
Mesyuarat Tapak Bina / Monthly Status Meeting
  • Diadakan secara bulanan atau apabila diperlukan
  • Dianjurkan oleh Pengurus Besar Pembinaan (Wakil Pemilik) di tapak bina
  • Diadakan untuk melapor status kemajuan projek kepada pemilik serta pihak-pihak yang berkepentingan
  • Membincang isu-isu yang boleh menjejas kemajuan projek
  • Dihadiri oleh pemilik / jabatan pelanggan,, pihak berkuasa tempatan, juruperunding, kontraktor utama, subkontraktor dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan.
Mesyuarat Teknikal / Technikal Coordination Meeting
  • Diadakan secara mingguan
  • Dianjurkan oleh Pengurus Besar Pembinaan (Wakil Pemilik) di tapak bina
  • Dihadiri oleh semua pihak yang ada di tapak bina 
  • Untuk menyelaras kemajuan kerja di tapak bina
  • Untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah teknikal dan penyelarasan yang berbangkit
  • Untuk membincang isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di tapak bina
Mesyuarat Sub-Kontraktor / Subcontractor Coordination Meeting
  • Diadakan secara mingguan
  • Dianjurkan oleh kontraktor utama
  • Dihadiri oleh kontraktor utama, sub-kontraktor yang dilantik (NSC) dan subkontraktor domestik sahaja (tanpa melibatkan pemilik dan perunding)
  • Untuk menyelaras kemajuan kerja di tapak bina
  • Untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah teknikal dan penyelarasan yang berbangkit
  • Untuk membincang isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di tapak bina
Mesyuarat Keselamatan / Toolbox Meeting
  • Diadakan secara berkala mengikut peraturan yang ada
  • Dianjurkan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) yang dilantik
  • Dihadiri oleh kontraktor utama dan semua pekerja
  • Untuk memberi taklimat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Membincang isu keselamatan semasa
Mesyuarat Perubahan Kerja
  • Diadakan mengikut keperluan
  • Dianjurkan oleh Jurukur Bahan
  • Dihadiri oleh juruperunding dan kontraktor utama
  • Memincang mengenai perubahan harga kontrak (Perintah Perubahan Kerja (PPK)/ variation order  (VO) dan Penyelarasan Harga Kontrak (PHK)
Mesyuarat Khas Projek 'Sakit' (Kelewatan Melebihi 30%)
  • Diadakan apabila kemajuan projek telah terlewat melebihi 30% - diistilahkan sebagai projek sakit (sick project)
  • Dianjurkan oleh Pegawai Penguasa (SO)
  • Dihadiri oleh pemilik, juruperunding dan kontraktor utama
  • Membincangkan mengenai isu kelewatan projek dan mencari kaedah untuk menyiapkan projek secepat mungkin
Mesyuarat Khas Yang Lain
  • Diadakan mengikut keperluan
  • Diadakan bagi membincangkan perkara tertentu sahaja
  • Dianjurkan oleh Pemilik atau Pengurus Besar Pembinaan
  • Membincangkan perkara-perkara yang ditetapkan sahaja
  • Dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dengan isu berkaitan sahaja
Cara-cara Mesyuarat Dilaksanakan
  • Mesyuarat Sambil Duduk
  • Mesyuarat Sambil Berdiri (Stand Up Meeting)
BACAAN TAMBAHAN


Ahad, 29 Disember 2013

Lukisan Ukur 'Precom' / Precom Survey Plan

Kerja ukur kawasan tapak bina dilakukan sebaik sahaja diterima Surat Setujuterima Tender (SST). Hasil kerja ukur tersebut ditunjukkan dalam lukisan ukur 'precom'.


Lukisan ukur 'precom' hendaklah menunjukkan :
  • Sempadan kawasan tapak bina - termasuk batu sempadan kekal dan sementara
  • Lokasi dan aras 'benchmark' atau 'benchmark' sementara (TBM)
  • Topografi (aras) tapak bina
  • Bangunan atau binaan yang terdapat dalam tapak bina
  • Bangunan atau binaan yang terletak bersempadan dengan tapak bina
  • Laluan servis (kabel elektrik, kabel telekom dan paip bekalan air) yang terdapat dalam tapak bina
  • Laluan masuk ke tapak bina
  • dan lain-lain lagi yang berkaitan
Perkara ini dilakukan dengan tujuan :
  • Mengesahkan bahawa keadaan tapak bina sama seperti yang dokumen kontrak
  • Sekirannya terdapat perbezaan dengan dokumen kontrak, ianya dapat dibuktikan dan tuntutan dapat dibuat berdasarkan perbezaan tersebut
  • Mengesan maklumat terbaru mengenai tapak bina - lukisan kontrak disediakan lebih awal mungkin terdapat perubahan
  • Mengesahkan bahawa tapak bina adalah sebenar seperti yang dinyatakan dalam dokumen kontrak - mengelak mencerobohi tanah milik orang lain
Lukisan ini dimajukan kepada pengurus projek / akitek untuk kelulusan. Projek hanya dapat diteruskan selepas lukisan ini diluluskan. 


Sabtu, 28 Disember 2013

Sistem Fail Pejabat Tapak Bina

Seperti yang kita ketahui terdapat berbagai pihak yang terlibat dalam setiap projek pembinaan. Pihak-pihak ini dikenali sebagai pasukan projek atau 'project stakeholder' yang terdiri daripada pemilik / pemaju, perekabentuk / perunding, kontraktor, pembekal dan sebagainya.

Dalam masa menyiapkan sesuatu projek berbagai dokumen-dokumen* yang diterima dan dikeluarkan. Dokumen-dokumen ini perlu disimpan dengan baik kerana ianya dianggap sebagai rekod projek.

 (*Dokumen-dokumen projek meliputi surat-menyurat, memo, lukisan, laporan yang berkaitan dengan perlaksanaan projek)

Rekod projek tersebut merupakan dokumen rasmi yang akan dirujuk semasa membuat tuntutan bayaran, permohonan lanjutan masa dan semasa menyelesaikan pertelingkahan yang berbangkit.

Olehkerana dokumen-dokumen ini yang banyak dan mengandungi berbagai kandungan yang berbeza maka satu sistem fail yang baik perlu diwujudkan di pejabat tapak bina. Dengan adanya sistem ini semua dokumen-dokumen dapat disimpan dengan baik dan dapat dirujuk semula dengan mudah dan cepat apabila diperlukan. Di bawah ini saya syurkan satu sistem fail yang dikategorikan mengikut perkara / sabjek.  

A : PENTADDBIRAN
  • A1 : PERJAWATAN - semua hal berkaitan perjawatan pegawai penguasa (SO) kontraktor, dan perunding.
  • A2 : CUTI - semua rekod cuti kakitangan kontraktor.
 C : KONTRAK
  • C1 : QS- semua surat menyurat berkaitan ukur bahan
  • C2 : TUNTUTAN - rekod semua tuntutan yang dibuat
  • C3 : BAYARAN - rekod bayaran yang diterima
  • C4 : ARAHAN - rekod arahan, surat dan memo  yang melibatkan perubahan kerja
  • C5 : PPK/PHK - rekod Perintah Perubahan Kerja dan Perubahan Harga Kontrak yang telah diluluskan
  • C6 : LANJUTAN MASA - rekod permohonan dan kelulusan lanjutan masa
D : REKOD BAHAN BINAAN & LOJI
  • D1 : D.O. (DELIVERY ORDER) - semua rekod penerimaan bahan
  • D2 : DELIVERY TICKET - semua tiket penerimaan bahan
  • D3 : LOJI - semua hal berkaitan penggunaan loji
L : SURAT MENYURAT
  • L1: P.P. - semua surat menyurat dengan Pegawai Penguasa (SO)
  • L2 : AKITEK - semua surat menyurat berkaitan kerja akitek
  • L3 : C&S - semua surat menyurat berkaitan kerja struktur dan awam
  • L4 : M&E - semua surat menyurat berkaitan kerja mekanikal dan elektrikal
  • L5 : SUBKONTRAKTOR - semua surat menyurat berkaitan kerja subkontraktor
 M : MESYUARAT
  • M1 : MESYUARAT TAPAK -semua surat jemputan dan minit mesyuarat tapak bulanan
  • M2 : MESYUARAT TEKNIKAL - semua surat jemputan dan minit mesyuarat teknikal dan mesyuarat selain daripada mesyuarat tapak
  • M3 : MESYUARAT SUBKONTRAKTOR - semua surat jemputan dan minit mesyuarat dengan subkontraktor
Q : KAWALAN KUALITI
  • Q1 : PQP - Pelan Kualiti Pembinaan
  • Q2 : RFMA - Request For Material Approval -semua rekod kelulusan bahan
  • Q3 : RFIC - Request For Information Confirmation - semua rekod pengesahan maklumat kerja
  • Q4 : RFI - Request For Inspection - semua rekod pemeriksaan kerja
  • Q5 : NCR - Non Conformance Report - semua rekod ketidakpatuhan
  • Q6 : DAFTAR LUKISAN - daftar semua lukisan yang diterima serta pindaan
  • Q7 : DAFTAR KONKRIT- daftar penerimaan dan kekuatan konkrik
R : LAPORAN
  • R1 : LAPORAN BULANAN - rekod laporan bulanan
  • R2 : LAPORAN AM- rekod laporan selain daripada laporan bulanan
S : KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
  • S1 : KESELAMATAN - semua surat menyurat dan laporan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Bacaan tambahan

Document Numbering Procedure - oleh All About Document Control

Selasa, 3 Disember 2013

Mesyuarat Tapak Bina / Project Status Meeting - Panduan Dari Internet

Managing Status Meetings –Skillful Project Management
Project status meetings allow project team members and customers to stay informed of project performance, problems, issues and expectations.  The project manager is able to gather the information during the status meeting and communicate the information to project stakeholders in Status Reports.

Effective status meetings lead to successful projects - TechRepublic
An astute project manager uses a status meeting to go beyond simply learning about how the project is progressing. A good project manager already knows that before the meeting. The meeting is actually a tool to help the project manager move the project along and coach team members on key issues that can affect deliverables. I’ve found success with several simple tools and approaches in my work as a consultant.


Meeting Agenda
A well run meeting starts with a well planned meeting agenda. Have you ever been frustrated because a meeting agenda was sent out 30 minutes before the meeting was scheduled to start? Or not provided an agenda until you arrive at the meeting? It's difficult to know what to expect during a meeting and to prepare for the meeting if you don't have an agenda well in advance of the meeting. Typically a meeting agenda should be distributed one week prior to the meeting - or at least a minimum of two days prior to the meeting.

Construction Meeting Minutes – Arch-ReCon
George Orwell once said "He who controls the present, controls the past. He who controls the past, controls the future." In a similar vein, he who controls the meeting minutes controls the construction project. What do I mean? I'll conclude with my answer but will first cover the contents of meeting minutes.


Format Laporan Harian Tapak Bina

ARAHAN-ARAHAN UNTUK PENGGUNAAN
  1. Buku harian ini hendaklah diisi setiap hari oleh Penyelia Tapak Bina dari mula projek (tarikh milik tapak) hingga siap kerja (tarikh siap kerja)
  2. Rekod buku harian ini hendaklah ditandatangani oleh Penyelia Tapak Bina dan disahkan oleh Pengurus Besar Pembinaan.
Butir-butir berikut hendaklah dimasukkan setiap hari bekerja di bawah tajuk perkara berikut :
  1. Tarikh - masukkan tarikh
  2. Cuaca - cerah/hujan, jumlah masa hujan (jika hujan)
  3. Keadaan Tapak Bina - samada kering atau basah
  4. Jumlah Tenaga Kerja - masukkan bilangan mengikut keturunan
  5. Kerja Yang Dilaksanakan & Lokasi - masukkan jenis kerja yang dijalankan
  6. Loji & Peralatan - jenis & bilangan yang digunakan
  7. Bahan-bahan Yang Diterima 
  8. Kerja-kerja Yang Tergendala & Sebab-sebab
  9. Arahan Yang Diterima - secara bertulis & lisan
  10. Pelawat - Nyatakan nama pelawat, jawatan, organisasi & tujuan lawatan
  11. Ujian Yang Dijalankan
  12. Ulasan Penyelia Tapak Bina - hal-hal lain selain daripada yang tersebut di atas.


Diari digital
http://site-journal.com/

Artikel

Construction diary - are you keeping one?
http://professionalprojectsolutions.wordpress.com/2011/06/14/construction-diary-are-you-keeping-one/

Why bother to keep a diary?
http://sitediary.com.au/security-of-payment-essential/



Isnin, 2 Disember 2013

Format Untuk Penyelia Projek JKR

Terdapat beberapa format piawai lama yang masih digunakan untuk penyeliaan projek JKR, yang di antaranya :

Buku Harian Tapak Bina - Surat Pekeliling KPKR Bil. 4/88 - bertarikh 4/5/1988
https://www.jkr.gov.my/apkpkr/pdf/0405_88.htm


Format Mesyuarat Tapak - Surat Pekeliling KPKR Bil. 3/91 - bertarikh 14/10/1991

https://www.jkr.gov.my/apkpkr/pdf/1410_91.htm

Buku Arahan Tapak Bina.
https://www.jkr.gov.my/apkpkr/pdf/930405.pdf

Garis Panduan Dokumen-dokumen Yang Perlu Ada Di Pejabat Tapak Pembinaan
https://www.jkr.gov.my/apkpkr/pdf/920512.pdf

Garis Panduan Pengurusan Lukisan Siap Bina
https://www.jkr.gov.my/apkpkr/pdf/SAKPKR211.pdf

Untuk dapatkan senarai penuh Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) sila layari :
https://www.jkr.gov.my/apkpkr/


Isnin, 25 November 2013

Menggunakan Gmail Sebagai Pusat Komunikasi Pasukan Projek



Gmail adalah perkhidmatan e-mel percuma yang disediakan oleh Google. Ia mempunyai banyak ciri-ciri yang berguna, termasuk penyimpanan maya yang besar (15GB) dan penapis spam yang baik, dan ia boleh disepadukan dengan kalendar dalam talian Google. Ia boleh diakses di mana-mana sahaja dari berbagai peranti (jika anda mempunyai sambungan Internet).  Yang penting, data-data yang disimpan dalam Gmail boleh dikongsi bersama rakan-rakan ataupun ahli pasukan projek. Boleh dikatakan ianya berfungsi sebagai alternatif kepada laman web untuk pasukan projek.

Ciri-ciri istimewa Gmail yang boleh digunakan oleh pasukan projek adalah :

1.       Google Drive – Untuk menyimpan berbagai jenis dokumen pengurusan tapak bina dalam format Docs, Sheet (Hamparan) dan juga Slides (Slaid)

a.       Docs - untuk menydiakan surat menyurat, minit mesyuarat, laporan, permohonan/permintaan dan sebagainya.
b.      Sheets – Hamparan - untuk menydiakan berbagai jadual & senarai
c.       Slides -  Slaid - untuk pembentangan laporan semasa mesyuarat

2.       Foto Google+ -  – untuk menyimpan gambar kemajuan projek
3.       Google Calendar – pengurusan kalendar/jadual - menjadual peristiwa penting seperti mesyuarat tapak, lawatan, pengujian dan sebagainya.
4.       Hangout – Mengadakan mesyuarat/perbincangan/ konferens secara video atas talian

Sekarang, terpulanglah kepada kreativiti masing-masing dalam menggunakan Gmail sebagai pusat komunikasi segala maklumat yang diperlukan untuk mengurus projek pembinaan untuk disiapkan mengikut jadual, kos dan kualiti yang ditetapkan. Sekian.
 

Sample text

Sample Text

EMEL SAYA

topikuning@gmail.com

 
Blogger Templates