Social Icons

Pages

Jumaat, 24 Januari 2014

Jangan Biak Nyamuk Aedes Di Tapak Bina Anda

Nyamuk aedes amat bahaya kepada manusia kerana ianya membawa penyakit dengi. Pada masa kini kes-kes demam dengi memuncak dengan cepat di seluruh negara. Pejabat kesihatan giat menjalankan aktiviti pencegahan jangka pendek dan jangka panjang.

Jangan terkejut jika pegawai pejabat kesihatan berkunjung ke tapak bina anda. Jika terdapat jentik-jentik nyamuk aedes anda akan dikenakan denda RM500. Pegawai kesihatan akan datang ke tapak bina pada masa yang anda tidak jangka, biasanya selepas hari hujan. Mereka akan menuju ke kawasan simpanan kampit simen, kerana di sana ada penutup kanvas atau plastik yang tidak rata (mudah menakung air). Mereka juga akan pergi ke kantin atau kawasan sekitar, juga di sana terdapat takungan air dari sisa bekas mengisi makanan (seperti bekas polisterin, dsb).

Oleh itu sentiasalah pastikan tapak bina anda dalam keadaan bersih dan tiada tempat membiak nyamuk aedes, bagi mengelak pembiakan penyakit merbahaya dan mengelak daripada dikenakan denda.

(Nota : Saya suka pautkan ke akhbar The Star kerana kandungan dalam taliannya (online) sama seperti dalam akhbar bercetak)

BACAAN TAMBAHAN @ The Star Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

EMEL SAYA

topikuning@gmail.com

 
Blogger Templates