Social Icons

Pages

Jumaat, 24 Januari 2014

Kaji Wajibkan Sijil Perakuan Bomba : Berita Harian | Nasional | Jumaat 24 Januari 2014

Saya tertarik dengan artikel yang tersebut di atas, kerana ianya ada kaitan dengan industri pembinaan. Saya cuba untuk buat pautan (link), sayangnya tidak jumpa. Oleh itu saya taipkan semula artikel tersebut untuk rujukan.

Artikel oleh Wan Noor hayati Wan Alias dan Sarah Sulaiman
bhnews@bh.com.my
Kuala Lumpur

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji semula keperluan Sijil Perakuan Bomba (FC - Fire Certificate?)supaya diwajibkan dalam syarat kelulusan pelan pembinaan perumahan, khususnya kediaman bangunan tinggi.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata langkah itu bertujuan melihat sejauh mana keperluan FC mampu menangani serta mengurangkan risiko kemalangan dan kawalan kecemasan di semua kediaman.

Katanya, sebelum ini syarat memiliki FC di semua kediaman tidak diwajibkan kerana bangunan ini dikategorikan sebagai berisiko rendah terhadap kebakaran dan bencana alam.

"Perkara ini perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan kerana isu keselamatan bangunan membabitkan nyawa tanpa mengira jenis dan fungsi bangunan," katanya ketika ditemui BH di Sri Pentas, Malam kemarin.

Beliau mengulas beberapa siri laporan khas BH mengenai 'perangkap maut' dikebanyakan flet, rumah pangsa dan pangsapuri kos sederhana di negara ini berikutan aspek keselamatan bangunan dan penghuninya terabai.

Tubuh jawatankuasa perantara

Dalam perkembangan perkembangan sama, Abdul Rahman mengumumkan satu jawatankuasa baru akan dibentuk di seluruh negara sebagai perantara di antara penduduk dan kementerian, Mac ini.

"Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JPP) ini akan diwujudkan di setiap kawasan perumahan di seluruh negara di bawah pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan jumlah maksimum 24 JPP di setiap JPP.

"Jawatankuasa ini berperanan memantau serta melaporkan isu berkaitan keselamatan, infrastruktur bangunan, masalah kesesakan penempatan berkelompok dan lain-lain isu setempat.

"Mereka (JPP) akan diberi elaun khas bagi jawatan pengerusi, setiausaha dan biro-biro seperti biro keselamatan, kebajikan, kewangan, aduan dan sukan", katanya.

Isu yuran penyelenggaraan

Beliau menegaskan kemudahan disediakan di setiap kediaman bangunan tinggi adalah di bawah tanggungjawab PBT, namun masyarakat memainkan fungsi utama dalam memastikan tempat kediaman mereka selamat.

"Sebagai contohnya, yuran penyelenggaraan sebanyak RM30 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) gagal dilunaskan dan hal ini menjadi kekangan pihak pentadbir untuk menyelenggara kemudahan mengikut piawaian keselamatan.

"Walaupun kerajaan sudah menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menyelenggara kediaman kos rendah, ia tidak mampu menampung kerosakan akibat vandalisme dan masalah penyelenggaraan.

"Contohnya, kos penyelenggaraan bagi sebuah PPR mencecah RM1.5 juta sedangkan terdapat 69,336 PPR di seluruh negara," katanya.

Info :

Premis yang memerlukan Sijil Perakuan Bomba (FC) mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (mengikut syarat-syarat)
  • Perpustakaan
  • Hotel - Rekabentuk balkoni terbuka
  • Hostel dan asrama
  • Pejabat
  • Kedai
  • Kilang
  • Tempat Perhimpunan
  • Stor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

EMEL SAYA

topikuning@gmail.com

 
Blogger Templates